Anda memiliki banyak koleksi Emas Terpakai? Pada waktu ekonomi yang tidak menentu ini sudah pasti ramai diantara kita yang memerlukan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Tahukah anda, dengan Menjual Emas Terpakai yang anda miliki anda boleh mendapat wang tunai yang tinggi jika dijual kepada Pembeli Emas yang berbaloi. Ia berbeza harga dengan Pajak Gadai atau Ar rahnur yang mengambil dengan harga yang rendah.

Emas tidak pernah hilang nilainya, malah ianya semakin meningkat saban tahun. Oleh sebab itu emas telah menjadi salah satu pelaburan yang paling popular diseluruh dunia. Jual beli emas juga telah menjadi perniagaan yang semakin berkembang maju pada hari ini. Jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang kita dahulu, jual beli emas terpakai pada masa kini lebih biasa dan lebih lazim serta lebih mudah berbanding dahulu. Asalkan tahu tempat yang betul, anda pasti akan mendapat harga terbaik untuk penjualan emas terpakai anda.

Lazimnya, barangan kemas yang diwarisi secara turun temurun hanya tersimpan begitu sahaja. Hendak dipakai, mungkin coraknya sudah tidak sesuai dengan zaman kini. Akhirnya, barangan kemas tersebut tidak digunakan dan terperuk begitu sahaja. Bukankah lebih baik jika anda jual emas terpakai tersebut untuk mendapatkan emas dalam bentuk perhiasan dengan corak yang lebih terkini? Atau, anda juga boleh Menjual Emas Terpakai anda tidak kiralah dalam bentuk barang perhiasan, emas dinar atau jongkong emas untuk mendapatkan wang tunai yang boleh digunapakai untuk pelbagai perkara mengikut keperluan anda.

JUAL EMAS PADA HARGA TERTINGGI

Sudah pasti, setiap orang yang ingin menjual emas terpakai mahukan harga terbaik dan semaksimum mungkin. Sebelum anda menjual emas terpakai, pastikan anda memilih tempat yang sesuai dan terbaik serta memiliki sedikit pengetahuan dalam jual beli emas bagi memastikan anda mendapat harga yang terbaik dan tidak mudah ditipu.

Antara perkara asas yang perlu anda pertimbangkan ketika ingin menjual emas terpakai ialah:

Perbandingan Harga
Harga beli emas, harga jual emas dan spread emas (susut nilai emas) lazimnya berbeza mengikut syarikat atau kedai emas. Harga jual emas (buyback price) adalah lebih rendah berbanding harga emas semasa. Ini disebabkan oleh peratus spread atau peratus susut nilai emas yang dikenakan oleh setiap kedai atau syarikat emas. Sudah pasti, emas yang sudah terpakai akan mempunyai nilai susut dan inilah yang menyebabkan harga jual menjadi sedikit rendah sekitar 20- 30% daripada harga emas semasa. Anda boleh membuat perbandingan harga melalui laman sesawang kedai dan syarikat emas tersebut atau langsung sahaja ke kedai-kedai emas disekitar anda bagi mengetahui harga jual (buyback) emas yang terbaik. Atau anda boleh hubungi kami untuk rundingan dan cadangan secara percuma.

Kenali Emas Anda
Setiap emas mempunyai ketulenan yang berbeza. Di Malaysia, antara jenis emas yang paling popular ialah emas 999 dan 916. Lazimnya, jongkong emas mempunyai ketulenan 99.9% emas manakala barang kemas pula terdiri daripada 91.6% emas tulen. Harga jual bagi setiap jenis emas pula sudah pasti berbeza bergantung kepada ketulenan emas tersebut. Sebelum menjual emas, kenali jenis emas yang anda miliki supaya harga yang diberikan sesuai dengan jenis emas tersebut. Ini amat penting bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan mendapat harga jual (buyback) yang rendah.

Jual Semula di Kedai Yang Anda Beli
Lazimnya, sekiranya anda menjual emas terpakai dikedai yang anda beli dahulu, peratusan susut nilainya lebih rendah. Contohnya, jika anda membeli emas dari kedai A, dan selepas 6 tahun anda ingin menjualnya semula di kedai A, nilai susut emas yang dikenakan tidak terlalu tinggi berbanding anda menjualnya di kedai B,C atau D. Agak sukar untuk anda membeli [ada kedai yang sama dan jual pada kedai yang sama. Oleh itu pembeli emas adalah tempat yang mudah untuk anda berunding dan mendapat kan pendapat serta harga yang lebih berbaloi.

Sebagai syarikat Jual Emas Terpakai berdaftar yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun, kami mempunyai pengalaman yang banyak dalam jual beli emas terpakai dan emas baru. Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai pakar emas yang terlatih dan berpengalaman dalam menilai kualiti dan harga emas. Jadi, anda boleh meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kami dalam menguruskan jual beli emas terpakai anda. Kami juga akan memberikan harga jual emas tertinggi mengikut perubahanan harga emas semasa.

JUAL SURAT PAJAK

Bagi mereka yang mempunyai koleksi emas terpakai yang banyak, sudah pasti mereka boleh menjualnya kembali. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya mempunyai surat pajak?

Ada sesetengah orang yang memajak emas mereka gagal untuk menebus emas kembali. Anda sebenarnya mengalami kerugian apabila hanya membiarkan surat pajak anda hangus begitu sahaja atau membiarkan sahaja dengan baki harga lelong yang amat sedikit. Nah sekarang anda sudah tahu bahawa surat pajak anda bernilai lebih tinggi dari apa yang anda dapat. Cuma bagaimana dan di mana untuk anda dapatkan nilai yang tinggi untuk surat pajak sahaja poerlu anda cari . Anda tak perlu bimbang kerana anda sebenarnya boleh menjual surat pajak anda dengan Pembeli Emas Terpakai seperti kami.

Kaedah biasa dalam penjualan surat pajak ialah:

Pihak syarikat emas akan menyediakan modal untuk penebusan gadaian atau pajakan anda.

Setelah emas anda ditebus, ianya akan dinilaikan semula dan setelah dinilaikan, nilaian tersebut akan ditolak dengan nilai tebusan anda tadi.

Sekiranya terdapat baki atau lebihan dari tebusan tersebut, syarikat akan memberikannya kepada  anda dalam bentuk wang tunai.

Selain menawarkan khidmat membeli emas terpakai anda, kami juga membeli surat pajak daripada anda pada harga terbaik.

Membeli Emas Terpakai

Tidak kiralah samada anda ingin jual emas terpakai atau menjual surat pajak, syarikat kami bersedia untuk membeli pada harga tertinggi. Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan khidmat:

  • Membeli emas dinar, emas perhiasan, gold bar, gold coin, pada harga terbaik mengikut perubahan harga emas semasa.
  • Membeli emas yang belum diproses seperti emas lombong.
  • Membeli emas lama seperti suasa dan paun.
  • Membeli emas rosak. Jangan bimbang jika emas anda rosak. Emas tetap emas dan mempunyai nilai yang tinggi tidak kiranya dalam apa jua bentuk.
  • Membeli surat pajak emas anda.
  • Membeli emas dalam bentuk pukal dan juga membeli emas putih pada harga terbaik.
  • Menawarkan perkhidmatan menempah dan mengukir emas.
  • Menjual emas baru.

Kami bukan sahaja berpengalaman malah dipercayai ramai dalam jual beli emas selama bertahun lamanya. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghubungi kami untuk kami bantu anda. Ada yang nak anda tanyakan ? Rundingan kami adalah percuma