Anda salah seorang peminat emas? Jika ya, anda pasti tertanya-tanya tentang Harga Emas Terkini pada waktu ini. Berikutan pelbagai situasi yang berlaku pada tahun 2020 yang lepas, Harga Emas Semasa turut terkesan dan menunjukkan kenaikan dan penurunan harga yang ketara. Orang ramai sentiasa tercari-cari harga emas semasa setiap hari bagi merebut peluang untuk mendapatkan logam berharga itu pada Harga Terendah Emas .

Harga Emas
Harga Emas

Bagi peminat emas, penurunan harga emas sememangnya membuka peluang untuk mereka menambah koleksi peribadi emas mereka. Selain menjadikan emas sebagai pelaburan masa panjang, emas dalam bentuk barang kemas juga menjadi pelengkap penampilan harian mereka.

Pasaran Emas Terkini

Tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar bagi pasaran emas. Harga Emas menunjukkan peningkatkan yang berterusan mulai Januari 2020 sehingga Ogos 2020 sebelum mengalami penurunan sehingga penghujung tahun 2020. Menurut Perunding Pelaburan Emas, Encik Syukor Hashim, dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini, berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus, namun jatuh kembali. Ketika inilah orang ramai berlumba-lumba merebut peluang untuk membeli emas.

Pada bulan Ogos 2020, emas mencapai peningkatan harga tertinggi dalam tempoh 10 tahun dimana harga emas semasa ketika itu hampir mececah RM300/gram. Situasi ini berlaku berikutan kemerosotan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 dan juga nilai matawang US dollar yang menurun selain faktor sampingan yang lain.

Walaupun harga emas hampir mencecah RM300/gram, namun pasaran emas tetap diminati. Insentif daripada pihak kerajaan berikutan Covid-19 seperti moratorium telah memberikan lebihan tunai kepada rakyat. Bagi peminat emas, inilah kesempatannya untuk menggunakan lebihan tunai tersebut bagi menambah emas sebagai simpanan dan aset berharga.

Nilai emas yang dijangka akan terus meningkat menjadikan emas sebagai salah satu aset dan pelaburan masa panjang yang paling berharga. Sabda Rasullullah ada menyebut:

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)

Pada saat harga emas melonjak pun ramai yang berpusu membeli, apatah lagi ketika harga emas semasa menunjukkan penurunan. Pengumuman penemuan vaksin Covid-19 pada penghujung tahun 2020 dan keadaan matawang US dollar yang semakin stabil telah menjadi salah satu sebab penurunan harga emas dunia. Pada bulan Disember 2020, harga emas menurun sehingga sekitar RM230-RM240/gram. Pada ketika inilah orang ramai semakin berpusu-pusu mendapatkan emas bagi tujuan pelaburan dan koleksi peribadi.

Pasaran emas yang dijangka akan meningkat semula pada tahun 2021 menjadi salah satu sebab kenapa orang ramai berpusu-pusu mendapatkan emas tatkala harga emas menurun dalam beberapa bulan yang lepas. Sudah pasti, pada saat harga emas meningkat semula nanti, para peminat emas akan mendapat pulangan yang lumayan melalui penjualan semula emas mereka.

Emas: Logam Berharga Untuk Pelaburan

Berapa pun harga emas pada waktu ini, emas tetap menjadi antara pilihan utama untuk pelaburan. Tidak kiralah untuk jangkamasa panjang atau pendek. Soalnya kenapa?

Emas telah terbukti mempunyai ciri-ciri sebagai matawang dan merupakan pelindung nilai yang selamat terhadap inflasi, krisis ekonomi, politik dan juga sosial. Ciri matawang ini tidak terdapat pada logam lain di dunia ini, hanya pada emas sahaja. Antara ciri matawang yang terdapat pada emas ialah, tahan lama, tidak mudah terurai, tidak karat, tidak reput, mudah disimpan dan dibawa, dan tidak boleh dicipta sesuka hati. Inilah antara ciri-ciri yang menjadikan emas begitu berharga.

Pada saat berlakunya kegagalan matawang sepertimana yang berlaku pada tahun 2020 terhadap matawang dolar Amerika, pasaran emas melonjak naik kerana pelabur mengetahui bahawa emas boleh menjadi alternatif matawang yang lebih stabil dan kukuh.

Contoh paling mudah, jika kita mempunyai wang bernilai RM100 pada hari ini, dalam 10 tahun lagi nilai wang tersebut tidak mungkin sama lagi disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat saban tahun. Tetapi, jika anda mempunyai 100g emas, dalam 10 tahun lagi bukan sahaja nilainya kekal malah nilainya mungkin jauh lebih tinggi. Sebab itulah pada waktu orang ramai mengalami masalah atau kekangan kewangan, mereka akan menjual kembali emas terpakai mereka untuk mendapatkan wang tunai.  Dan pastinya, wang tunai yang mereka perolehi hasil Jual Emas Terpakai tersebut lebih tinggi berbanding ketika mereka mereka mula-mula membeli emas tersebut dahulu. Untung bukan?

Jenis-Jenis Emas Di Malaysia

Kepentingan emas dah dijelaskan, jadi sekarang emas apa yang sesuai dijadikan pelaburan dan simpanan?

Sebenarnya ada lebih 15 jenis emas bergantung kepada ketulenan dan kandungan emas tersebut. Antaranya, Emas 999, Emas 950, Emas 916, Emas 835, Emas 18k, Emas 14k , Emas 12k dan Emas suasa.

Di Malaysia, emas yang paling popular ialah Emas 999 dan juga Emas 916. Emas 999 mempunyai ketulenan paling tinggi (99% emas) dan sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan dan simpanan manakala Emas 916 (91.6% emas, 5% perak, 3.4% tembaga dan 8.4% bahan lain) pula lazimnya digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan wanita seperti gelang, rantai dan cincin.

Harga emas semasa

Harga emas semasa berubah setiap hari bergantung kepada pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhi harga emas terkini adalah:

1.Nilai Tukaran Wang USD
2.Penawaran Dan Permintaan
3.Monopoli Emas Dunia
4.Permintaan Bahan Mentah Emas
5.Inflasi
6.Isu Global seperti politik, krisis, perang

Disini, kami berikan carta trend harga emas semasa bagi tempoh 24 jam yang lepas, sebulan, 6 bulan dan 12 bulan yang lepas untuk rujukan anda. Diingatkan juga, harga emas juga berbeza untuk jenis emas yang anda ingin beli.

Semak Harga Emas Terkini

<a href="http://goldprice.org">Gold Price</a> charts provided by goldprice.org

Dalam menghadapi krisis ekonomi berikutan pandemik yang melanda dunia termasuk Malaysia, pelaburan dan simpanan jangkamasa panjang adalah sangat penting. Emas adalah antara pilihan terbaik anda bukan sahaja untuk perhiasan tetapi juga untuk simpanan dan pelaburan pada masa akan datang. Ambil cakna harga emas semasa supaya anda dapat membeli emas pada harga yang anda inginkan.

Anda juga Boleh menjual Emas Lama anda untuk dijadikan sebagai hasil pelabiuran emas anda atau untuk membeli emas terkini dengan reka bentuk yang lebih menarik. Kami Membeli Emas Terpakai anda dengan harga tertinggi dan membeli semua jenis Emas Terpakai . Jual Emas Terpakai anda kepada kami dengan rujukkan harga emas terkini untuk keuntungan yang lebih berganda